Pages

Isnin, 30 Mac 2015

Latar Belakang Organisasi dan Pengenalan Organisasi

Latar Belakang Organisasi

Sejarah awal pentadbiran Daerah Kampar bermula dengan operasi 
sebuah daerah kecil kepada Daerah Kinta pada tahun 1960-an iaitu
 melalui operasi sepenuhnya Pejabat Daerah dan Tanah Gopeng
 Kampar manakala pentadbiran kerajaan tempatan berada di bawah 
kawalan Majlis Daerah Kinta Selatan.

Daerah kecil Gopeng Kampar yang berkeluasan kira-kira 66,980 
hektar terdiri daripada 2 mukim iaitu Mukim Kampar dan Mukim 
Teja dengan jumlah penduduk Kampar pada tahun 2009 dianggarkan 
seramai 93,000 orang.

Berikut pembangunan yang pesat di kawasan Kampar,Kerajaan Negeri 
Perak dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil 710/24/8/2005 pada 
24 Ogos 2005 telah memutukan untuk menaik taraf Daerah Kecil 
Gopeng Kampar kepada Daerah Kampar dan pentadbirannya 
dipisahkan daripada Pentadbiran Daerah Kinta.Sehubungan 
dengan itu,pengistiharan Daerah Kampar telah disiarkan dalam 
Warta Kerajaan Negeri Perak No 586.No 587 dan 
No 588 bertarikh 23 April 2009.

Daerah Kampar terletak bersempadan dengan Daerah Kinta(Utara),
Batang Padang(Selatan)serta Perak Tengan(Barat).Bandar Kampar
 merupakan bandar utama dan terletak kira-kira 38 kilometer 
daripada Bandar Ipoh.

Jumlah hakmilik berdaftar bagi daerah Kampar adalah 39,955
 iaitu 13,692 merupakan hakmilik Pejabat Tanah dan bakinya 
merupakan Hakmilik Pejabat Pendaftaran.

Pengenalan Organisasi

Pejabat Daerah dan Tanah Kampar merupakan sebuah jabatan

kerajaan yang fungsi utamanya ialah berkaitan dengan pengurusan
pentadbiran tanah. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan ialah 
berkaitan dengan Pembangunan dan Perundangan Tanah,
Penguatkuasaan, Urusan Pendaftaran, Kawalselia Hakmilik 

Strata dan Pengeluaran Bil-Bil Cukai Tanah. 

Perkhidmatan di bawah aktiviti Pembangunan dan Perundangan 

Tanah termasuklah Permohonan-Permohonan Tukar Syarat Tanah, 
Pecah Sempadan / Bahagian Tanah, Pengambilan Balik Tanah, 
Pelupusan Tanah (Berimilik dan Lesen Pendudukan Sementara).
Aktiviti Penguatkuasaan Tanah ialah tindakan kawalselia ke atas 
tanah-tanah yang tertakluk kepada beberapa Akta Pemeliharaan 
Tanah 1960, Warta Taliair, Enakmen Air dan lain-lain, manakala 
aktiviti pendaftaran termasuklah Pendaftaran Surat Hakmilik dan 
Pendaftaran Urusniaga (i.e Pindah Milik, Gadaian, Pajakan) dan 
pendaftaran bukan urusniaga (i.e Kaveat). 

Pendaftaran Hakmilik Strata pula merupakan aktiviti yang semakin

meningkat selaras dengan bertambah banyaknya pembangunan 
perumahan berbentuk pangsapuri. Selain itu satu unit yang 
dinamakan Unit Hakmilik masih lagi dikekalkan di mana unit ini 
bertanggungjawab untuk menukar saki baki suratcara lama 
kepada Suratan Hakmilik baru di bawah Kanun Tanah Negara. 

Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Nama  Organisasi      : Pejabat Daerah dan Tanah Kampar

Alamat                        : Pejabat Daerah dan Tanah Kampar
                                     31900 Kampar,Perak Darul Ridzuan

Laman web                 : pdtkampar.perak.gov.my

Email                           : pdtkampar@perak.gov.my

No tel                           : 05-4651963

No fax                          : 05-4664307

URL                              : http://pdtkampar.perak.gov.my/index.php/my/

Aktiviti Organisasi Pejabat Daerah dan Tanah 

Kampar

TERIMA KASIH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

© 2012 | All rights reserved | Design by Blogger Template Tutorials