Bersyukur kita kehadrat Ilahi,dengan limpah kurniaNya maka
adanya laporan akhir latihan industri sesi disember 2014 hasil
kerja saya,sepanjang 5 bulan menjalani latihan industri di
Pejabat Daerah dan Tanah Kampar(PDT Kampar),Perak.
Dengan adanya laporan akhir latihan industri ini,memudahkan
pihak-pihak berkenaan dapat mengetahui serba sedikit hal-hal
yang berkaitan tentang Pejabat Daerah dan Tanah Kampar
(PDT Kampar),Perak serta aktiviti-aktivit atau kerja-kerja yang
dilakuan oleh saya di sini sepanjang menjalankan latihan
industri ini.
Jutaan berterima kasih kepada keluarga tercinta,terutama buat
keluarga saya yang banyak bagi semangat kepada saya untuk
meneruskan latihan industri ini.Berterima kasih jugak kepada
Pegawai-pegawai yang menguruskan saya sepanjang
menjalankan latihan industri saya di sini.Tidak lupa Kepada
Pensyarah dan rakan-rakan sepejuangan saya,terima kasih atas
segala tunjuk ajar dan nasihat yang berguna.
Akhir sekali jutaan Terima kasih jugak kepada semua kakitangan
di Pejabat Daerah dan Tanah Kampar(PDT Kampar),Perak
terutama di unit Khidmat Pengurusan yang telah banyak
memberi tunjuk ajar yang boleh saya guna di alam pekerjaan
satu hari nanti.In shaa Allah.
Diharapkan dengan adanya laporan akhir latihan industri
dapat membantu dan panduan pada masa akan datang.
Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Encik
Mohd Hidayat Bin Mansor selaku Penolong Pegawai Daerah
Kampar kerana memberi saya peluang menjalani latihan
industri disana bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan
Diploma Teknologi Maklumat(Pengaturcaraan) dari
Politeknik Balik Pulau,Pulau Pinang.
Saya jugak ingin mengucapkan Terima kasih kepada semua
kakitangan ,terumata di unit khidmat pengurusan yang telah
memberi tunjuk ajar dan membantu dalam menjalankan
kerja-kerja yang diberikan.
Jutaan terima kasih jugak kepada Pensyarah Politeknik
Balik Pulau,Pinang ,terutama
pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(JTMK),banyak membantu dalam menyiapkan laporan
akhir latihan industri.
Pengenalan
Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam
kurikulum pembelajaran Kemahiran Pengajian Tinggi (KPT).
Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu
semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana dalam
pekerjaan yang sebenar.Pelajar juga diberi pilihan untuk
memilih firma yang dikehendakinya untuk menjalani Latihan
Industri sama ada di badan kerajaan atau swasta.Tempoh
yang ditetapkan kepasa pelajar-pelajar untuk menjalani
Latihan Industri di sesebuah firma ialah selama enam bulan.
TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan