Assalammualaikum..
Selama satu semester menjalani Latihan Industri di Pejabat Daerah
dan Tanah Kampar(PDT Kampar), banyak pengalaman, pengetahuan
dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan
yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan
keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar dan
bersedia untuk menghadapi cabaran di alam pekerjaan. Praktikal adalah
pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari. Ini jelas dengan konsep
ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan
hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.
Selain itu,Latihan Industri juga, bukan sahaja membantu saya dalam
situasi pekerjaan yang sebenar malah membantu saya perbaiki cara
berkomunikasi dengan orang ramai ,berkomunikasi dengan pihak atasan
dan pergaualan antara rakan sekerja. Kerjasama antara pekerja banyak
memberi manfaat kepada saya tentang erti kerja berpasukan yang telah
dapat membina diri saya ketika melaksanakan kerja yang baik dan
memberi impak yang besar kepada saya jika dialam pekerjaan kelak.
Di samping itu,pengalaman yang diperolehi membantu kita untuk lebih
bersedia untuk menghadapai di alam pekerjaan sebenar.Dengan adanya
ilmu dan pengalaman ini dapat saya memajukan diri dalam melakukan
apa jua kerja yang diberi dan dapat untuk mengatasi masalah dengan
lebih sabar pada masa akan datang.
Kesimpulannya,Latihan Industri dapat memberi manfaat kepada
pelajar supaya lebih bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan.
Bersyukur kepada Allah S.W.T dan juataan terima kasih kepada
Encik Hidayat Bin Mansor selaku Penolong Pegawai Daerah yang
telah memnerima saya untuk menjalani latihan industri di pejabat tersebut.
Tidak lupa kepada kakitangan pejabat yang telah banyak membantu
saya dalam melakukan tugasan yang diberikan dan tidak lupa jugak kepada
Pensyarah Politeknik Balik Pulau dan Unit Latihan Industri.
TERIMA KASIH